Dear Cantik Manis,
Terima kasih kerana sudi singgah dan membaca di Laman Gincu Merah Jambu.
Dalam teman seperjuangan lain sedang teruja menanti hasil karya mereka berada di pasaran bersama Nama Pena yang bakal gah menjadi sebutan, Saya pula berdebar takut kerana memikirkan masanya sudah tiba tidak lama lagi.
Tiada yang bermula itu hebat, tapi jika rezeki memang sudah untuknya, karyanya akan tetap menjadi hebat.
Saya masih bertatih wahai Si Cantik. Masih memperbaiki dan terus memperbaiki penyampaian cerita yang ingin saya bawakan supaya lebih penuh warna dan teladan tersirat.
Kerana dengan menulis, saya belajar apa itu hidup.
Kerana dengan menulis, cara saya berkomunikasi.

Salam sayang,
Aima Chan

Monday, 26 March 2012

Novel : Jurnal Aishiteru bab 21


   Akimi tiba lebih awal di tempat yang telah dijanjikannya dengan Khaleesya. Panggilan daripada Khaleesya yang begitu teruja dengan janji temu mereka tengahari nanti amat melegakan hati Akimi. Harapan Akimi untuk berjumpa Khaleeda pasti akan semakin cerah juga.
            Walaupun Khaleesya pernah mengatakan kebahagian Khaleeda dengan kekasih hatinya, Akimi akan tetap bertanya Khaleesya tentang adiknya itu. Kebimbangan yang dialaminya sejak semalam masih menghantui diri Akimi.
            Kedatangan Khaleesya yang begitu seksi dalam mini dress warna biru lautnya disambut Akimi dengan penuh gembira. Sememangnya Khaleesya amat mirip sekali wajahnya dengan Khaleeda, namun Akimi masih dapat membezakan perwatakan mereka yang cukup berbeza di matanya. Seorang comel keanak-anakan, manakala seorang lagi anggun dewasa.
            “Sorry, I lambat sikit. Dah lama you tunggu?”
            Khaleesya memulakan bicara saat Akimi sudah mula memanggil pelayan untuk mengambil pesanan mereka.
            “Tak lah. I memang sengaja datang awal tadi. Kita order dulu ya. You nak makan apa Isya?”
            Akimi yang sudah memegang buku menu segera mencari makanan yang menepati kehendak perutnya saat ini. Begitu juga dengan Khaleesya yang turut sama memilih dan mereka segera membuat pesanan makanan dan minuman yang mereka inginkan.
            “Thanks sebab you sudi keluar dengan I hari ini. I betul-betul minta maaf kalau I dah ganggu hujung minggu you.”
            Akimi tersenyum memandang wajah gadis cantik di hadapannya. Sememangnya penampilan Khaleesya sentiasa cantik dan anggun, dan Akimi pasti gadis itu pasti punyai ramai peminat.
            “It’s okay la Kim. Lagipun, I memang free hari ni. Plan I dan Mel cancel last minute. So, I’m yours right now.”
            Khaleesya mengerling manja ke arah Akimi. Khaleesya benar-benar mahu memiliki jejaka di hadapannya itu kerana baginya, Akimi amat menepati citarasa hatinya selama ini.
            “You mesti rindukan I kan Kim? Sebab tu you cari I hari ni kan?”
            Umpan godaan Khaleesya dipancingnya kepada Akimi. Khaleesya mula melentok manja dengan tubuh seksinya itu. Akimi hanya tergelak kecil. Bagi Akimi, Khaleesya cuma bergurau sahaja dan Akimi tidak mahu memanjangkan kisah itu.
            “Isya, sebenarnya I ada hal penting yang I nak tanyakan dengan you. I tahu pertanyaan I ni agak peribadi sikit untuk you tapi I betul-betul perlukan kepastian. Kalau tak, I tak akan tenang.”
            Akimi terus meluahkan niatnya yang sebenar. Sememangnya masih terlalu awal untuk dia meluahkan apa yang terbuku di hati, tetapi rasa bimbang tiba-tiba makin menggebu saat itu. Khaleesya amat teruja saat Akimi meminta keizinan untuk bertanya dengan lebih lanjut. Tidak disangkanya, Akimi juga merasakan perasaan yang sama dengan apa yang dirasakannya saat ini. Akimi pasti mahu bertanya tentang status dirinya sama ada sudah berpunya ataupun tidak. Khaleesya benar-benar gembira dan semakin teruja.
            “Tanyalah Kim. I tak kisah pun. Lagipun, you dengan I dah bukan orang asing lagi. Let’s share everything together.
            Semakin berbunga riang hati Khaleesya saat menuturkan kata-kata itu. Pandangan semakin jatuh ke wajah tampan Akimi yang sudah berjaya menambat hatinya itu.
            “Thanks Isya. Sebenarnya, I got bad dreams last night. Totally nightmare. It’s about Khal. I bimbangkan dia. I tahu I sebenarnya tak patut kacau atau campuri hubungan Khal dengan kekasihnya, but I perlu confirmation Isya. Khal okay tak sekarang? Dia ada masalah ke? Kalau boleh I nak sangat jumpa dia. She looks worst in my dreams.”
            Luahan itu keluar secara spontan dari mulut Akimi. Tiba-tiba Akimi mula merasa menyesal kerana terlalu ikutkan emosi. Dia sepatutnya menahan rasa bimbangnya itu dan bertanya dengan lebih elok, namun mulutnya sudah meluahkan segalanya dan pasti akan membuatkan Khaleesya terkejut dengan sikapnya yang terlalu berterus-terang itu.
            Ya, sememangnya Khaleesya amat terkejut dan kecewa kerana Akimi bukan bertanyakan tentang dirinya, malah mengenai adiknya, Khaleeda yang sudah membuat onar dalam keluarganya. Khaleesya begitu marah dan geram. Namun, ditahannya rasa itu dan masih menghadiahkan senyuman menggodanya buat Akimi. Tangan Akimi diraihnya dan digosoknya perlahan.
            “I faham perasaan you, Kim. Kalau I di tempat you pun, I pasti akan bimbang macam you juga. Tapi you jangan bimbang macam ni lagi ya. Khal’s fine Kim. Malah I rasa dia lebih bahagia sekarang ni.”
            Khaleesya masih setia menggosok tangan Akimi walaupun pemuda itu sudah berdeham kecil sebagai tanda akan ketidak selesaan dia melakukan perkara itu.
            “Apa maksud you dia lebih bahagia?”
            Akimi semakin gelisah kerana ayat itu seperti mempunyai maksud yang lain.
            “She’s married Kim. Daripada dia terus terlibat dengan maksiat, lebih baik dia kahwin saja. Dah tiba masanya untuk Khal belajar mengenai tanggungjawab dan cara menjaga maruah keluarga. I pun tak pernah sangka yang adik I sanggup buat perkara tak elok macam tu.”
            Tanpa rasa bersalah, Khaleesya membuka kisah malu adiknya. Dia sebenarnya sengaja mahu memburukkan nama Khaleeda di mata Akimi supaya jejaka itu dapat melupakan adiknya dan akan jatuh ke tangannya. Kadang-kadang Khaleesya merasa hairan, kenapa Akimi begini ingin mengambil tahu tentang Khaleeda.
            Khaleesya tahu bahawa Akimi adalah teman satu sekolah Khaleeda, tetapi kenapa jejaka itu begitu berminat dengan adiknya itu. Setahunya, Khaleeda tidak pernah mempunyai teman lelaki semasa di sekolah dahulu.   
            “What? Married! Apa maksud you, Isya? I masih tak faham?”
            Debaran di dada Akimi semakin kencang. Kata-kata yang keluar dari bibir Khaleesya semakin menyesakkan nafasnya.
            “I pun tak nak cerita panjang Kim. Lagipun, perkara ni memalukan nama keluarga I. Tapi I tahu you can handle this. Khal kena tangkap khalwat few days ago. Mama dan papa I betul-betul terkejut dan tak sangka Khal sanggup buat perkara terkutuk macam tu. Kami ingatkan dia bercuti dengan kawan-kawan dia, tapi perkara lain pula yang dia lakukan.
            My mum tak dapat terima semua tu dan dia minta Khal kahwin untuk tutup malu kami sekeluarga. So, Khal dah selamat kahwin dengan lelaki yang ditangkap bersama dengan dia. Itu sahaja cara nak tutup perangai buruk dia tu. Kami sekeluarga memang betul-betul kecewa dengan Khal, especially my mum.”
            Tiada ucapan yang dapat menggambarkan betapa terkejutnya Akimi dengan berita yang didengarinya itu. Dirasakan bagai batu besar menghempap kepalanya saat itu dan derita sakitnya tidak dapat digambarkan bagaimana. Hati Akimi benar-benar sedih kerana harapannya untuk menyunting gadis itu suatu hari nanti sudah berakhir.
            Akimi benar-benar kecewa dan terkilan. Hidangan yang tiba beberapa minit kemudian sudah tidak dapat memujuk hati kecewanya lagi. Tangannya yang masih dibelai lembut oleh Khaleesya itu ditariknya perlahan dan Akimi menarik nafas sedalam mungkin untuk mencari kekuatan buat dirinya ketika ini.
            “Kim, you okay tak ni? Kenapa dengan you ni?”
            Suara Khaleesya yang bagai terawang-awang di mindanya itu tidak dapat diberi reaksi olehnya. Akimi mengeluh lagi.
            “Isya, you makan la dulu. I tak ada selera. I’m really sorry.”
            Khaleesya agak terpempan dengan kata-kata Akimi itu. Sanggup Akimi  meninggalakannya sendirian di sini dan semunya adalah kerana Khaleeda. Namun, Khaleesya harus mengambil peluang ini untuk menyucuk jarum godaannya kepada Akimi.
            “Tak pe lah Kim. Kita balik dulu la. I tahu, you mesti terkejut dengan berita tu. I minta maaf bagi pihak adik I Kim. Dia tak patut lukakan hati you kalau you dan dia sebenarnya ada hubungan. Am I right Kim?”
            Khaleesya tahu ayatnya itu mungkin memanjangkan lagi kisah antara Akimi dan Khaleeda, tetapi inilah taktik Khaleesya untuk dipandang di mata Akimi selepas ini. Khaleeda tidak menjadi penghalang untuk dirinya lagi selepas ini kerana adiknya itu sudah berkahwin.
            “Sebenarnya, I cintakan Khal dari dulu lagi. Kami ada kisah kami sendiri. I ingatkan kami akan saling menunggu hingga Khal dah berjaya bekerja. Tapi mungkin I yang bodoh, sebab I terlalu percaya dengan janji budak sekolah dulu.”
            Akimi hanya tersenyum kecil. Dia kemudian bangun dan terus ke kaunter untuk membuat bayaran. Khaleesya segera mengikutinya dan mereka mula sama-sama keluar meninggalkan restoran itu. Akimi menghantar Khaleesya masuk ke dalam kereta gadis itu dan dia turut mengucapkan maaf dan terima kasih dengan apa yang telah berlaku hari ini.
            “Tak pe Kim. Kalau you ada masalah, I sanggup bantu bila-bila masa saja walaupun hanya sebagai pendengar luahan hati you. You can count on me Kim.”
            Kata-kata Khaleesya yang mengakhiri pertemuan mereka tengahari itu begitu bermakna di telinga Akimi. Kata-kata itu juga adalah salah satu kenangan yang masih tersimpan rapat dalam memori indah antara Akimi dan seorang gadis yang dicintainya, Khaleeda Adni.
            ‘You can count on me.’ Sekali lagi, kata-kata itu terluah di hati Akimi yang sudah menangisi kekecewaan dirinya hari ini.

Terima kasih kerana membaca.. =D


No comments:

Post a Comment