Dear Cantik Manis,
Terima kasih kerana sudi singgah dan membaca di Laman Gincu Merah Jambu.
Dalam teman seperjuangan lain sedang teruja menanti hasil karya mereka berada di pasaran bersama Nama Pena yang bakal gah menjadi sebutan, Saya pula berdebar takut kerana memikirkan masanya sudah tiba tidak lama lagi.
Tiada yang bermula itu hebat, tapi jika rezeki memang sudah untuknya, karyanya akan tetap menjadi hebat.
Saya masih bertatih wahai Si Cantik. Masih memperbaiki dan terus memperbaiki penyampaian cerita yang ingin saya bawakan supaya lebih penuh warna dan teladan tersirat.
Kerana dengan menulis, saya belajar apa itu hidup.
Kerana dengan menulis, cara saya berkomunikasi.

Salam sayang,
Aima Chan

Wednesday, 26 November 2014

Hey All!! Anyone Miss Me?


Assalamualaikum w.b.t..
It's been 5 months since my last entry.
Wondering if anyone out there miss Aima Chan?

Huh?
Who am I?

Ha Ha Ha...

No worries. That's why I never regret ending up my last 5 month being a coffee addict. Not a bloggerdrama.

And InShaAllah, something big will come up after this. In here. *Thinking of sharing good vibes for my fantasy-entah-ada-atau-tak-ada fans out there.

What's enlight you when I say; cute dress, puisi and love story?

Nyummy isn't.



Love,



Thursday, 3 July 2014

Himpunan Puisi MePhobia RM20 Termasuk Pengeposan SM



Assalamualaikum..w.b.t,

Salam Ramadhan untuk sahabat semua.
Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari sebelumnya. InshaAllah.
Ramadhan kali ini juga merupakan Ramadhan ke-dua saya di Johor Bahru. Jauh dari keluarga dan cuma bersama housemate tercinta, Nana. :)

Sementara saudara lain mencari rezeki menjual juadah berbuka dan juga keperluan sambutan Hari Raya dalam bulan mulia ini, saya kat sini ada juga nak menjual. Alhamdulillah, siap juga gabungan semua kompilasi puisi hasil penghantaran sahabat semua sempena pertandingan puisi yang pernah dianjurkan sebelum ini. Yeay!!!

Jadi, disebabkan tidak ada penerbit yang mahu menerbitkan buku himpunan puisi buat masa ini, jadi saya ambil peluang untuk membukukannya sendiri. Personal printing. Jadi, buku akan dicetak mengikut permintaan sahaja.

Harga Himpunan Puisi MePhobia cumalah RM20 termasuk pengeposan di sekitar Semenanjung Malaysia. Bagi Sabah dan juga Sarawak pula, RM25 termasuk pengeposan.

Untuk rakan penulis yang baik hati berkolaborasi di dalam MePhobia, hubungi saya untuk dapatkan harga istimewa.
Untuk pembelian, bolehlah WhatsApp, WeChat atau text saya di 013-4427840.

Terima kasih untuk doa dan sokongan semua. InsyaAllah, lain kali kita kolaborasi lagi.

Bye.

Sunday, 6 April 2014

Pertandingan Menulis Entry Rutin Sihat Mingguan Anda

Assalamualaikum..w.b.t.

Selamat pagi cantik manis kacak handsome semua. ;)
Selamat berhujung minggu juga.
As my Sunday sangatlah bosan sebab tak ada event atau outdoor activity for this week, I decided to throw another online contest. Yeay!
Tapi kali ini bukan lagi Pertandingan Puisi. (Dah beli Himpunan Palit Merah Jambu saya? Eh..eh.. promo lagi.)

Memandangkan umur makin meningkat dan diri masih lagi bujang, kesihatan diri dan menjaga penampilan sangatlah menjadi salah satu aspek penting dalam kegiatan harian. Setuju?
Okay, jadi  I mahu korang semua kali ini berkongsi kisah/rutin satu minggu korang yang melibatkan penjagaan diri dan kesihatan.
Tak faham sangat?
Erm.. okay macam ni. I nak korang post satu entry di belog mengenai rutin sihat korang bermula dari hari Ahad sampailah Sabtu. Share link entry anda itu di comment bawah ini.
Gunakan tajuk 'Rutin Sihat Mingguan Saya' untuk entry tersebut ya.

Pertandingan ini terbuka untuk mereka yang mempunyai minat untuk berkongsi tips atau rutin sihat mereka sebab niat I di sini untuk menggalakkan kita semua menjaga kesihatan diri. Jaga pemakanan kepada yang lebih baik. Nanti nak extra letak pic sebelum selepas pun bagus. Nak letak video sekali pun lagilah bagus. Tapi yang berkaitan dengan kesihatan saja ya. :)

Entry boleh ditulis dalam Bahasa Inggeris ataupun Melayu. Rojak pun I terima asalkan ayat menarik dan terbaik! Penyertaan bermula dari saat entry ini dipublish hingga 30 April 2014 (10pm).

Iyalah, jika diikutkan, semua orang sibuk bekerja/belajar dan kadang-kala lupa nak take note tentang hal ini.
I pun bukannya bagus sangat menjaga kesihatan sebelum ini. Sayur pun tak nak makan. Hihi.
Tapi sejak umur meningkat (feeling old sangat), berat cepat naik malah badan pun cepat letih.
So, I kenalah berubah dan kekalkan aktiviti dan pemakanan yang lebih sihat.
Tak nak cakap panjang lagi, di sini I ada sertakan contoh entryt untuk korang betul-betul faham.
Ooohh.. untuk hadiah pula, 3 penyertaan tebaik akan mendapat hadiah:

1) Buku Himpunan Puisi Palit Merah Jambu karya Aima Chan

2) NUTRILITE Natural B Complex Vitamins (100tablets)



So.. feel free to share your healthy lifestyle. ;)


RUTIN SIHAT MINGGUAN SAYA

MONDAY-FRIDAY
8.30am - 5.30pm : Working hour. Biasanya, breakfast will be a spoon of madu. Selawat dan doa sebelum minum. Then satu mug milo tanpa gula. Kalau rajin, buat smoothie green apple (green apple + fresh milk). Hari-hari memang akan minum smoothie. Thank you Shake N Take yang best. Memang sangat berbaloi beli. Lepas minum mesti makan nasi lemak atau hanya biskut sahaja. Lepas makan ambil EPO capsule untuk hormon.


Lunch pula, I sangat suka makan di restoran veggie area office. Murah dan yang penting banyak sangat sayur. Sampaikan signature drink diorang pun adalah air sayuran yang di blend. Tak ada daging ya. Jarang-jarang sekali juga I pergi makan nasi campur dekat BestMart sana. Itupun ambil nasi separuh+protein either ayam seketul atau ikan seekor. Kalau boleh, elakkan minum air selepas makan. Minum air selepas 30minit kemudian dan juga Vitamin C & B-Complex.

Minum petang.. Erm... cuma bancuh instant coffee sahaja. I'm a big fan of coffee. Tapi semua orang tahukan minum kopi banyak sangat tak bagus. So, satu kali sehari will be enough for me. ;)

Balik kerja, selang satu hari akan ke gym dekat area office juga. Thank you company yang baik hati untuk free coupun masuk. Bila-bila masa pun boleh pergi gym. Hihi. Then balik dari gym biasanya I dengan housemate dah tak makan berat. Potong-potong epal pastu cicah rojak Mak Bee ke. Lepas tu buat smoothie apple lagi ke. Lepas gym, untuk burn fat kena minum protein. So, I consume protein time itulah. Kalau tak ke gym, I minum ESP lepas breakfast.
Kalau hari tak ke gym memang malam akan masak. Yang wajib masak ialah nasi+ayam goreng seketul dua+lauk sayur.



Dalam sehari, banyakkan minum air putih. Kalau rasa macam diri ni macam susah sangat nak ingat untuk minum air, korang boleh download Apps Water Your Body. So, dalam satu-satu masa phone korang akan remind korang untuk minum air. Jumlah Liter air yang perlu diminum bergantung pada berat tubuh badan korang. ;)

Lastly, dapatkan tidur yang cukup. Tapi I burung hantu. Selalu tidur lewat (manuskrip belum siap ni oi!!!). Kalau time datang kerajinan lebih, I pakai mask atau put cucumber pads pada mata.

SATURDAY & SUNDAY
Saturday minggu 1st & 2nd I kerja full day. So of course rutin sama macam hari kerja yang lain. Kalau tak kerja, biasanya I mesti ada outdoor activity. Dalam sebulan tu memang kebanyakannya I ada aktiviti. Cuma hari ni saja yang kena stay kat rumah (maklumlah gaji belum masuk lagi). Kadang-kadang I travel, hiking, jalan-jalan cari makan atau pergi event/kenduri. Kadang-kadang keluar jumpa kawan sambil pusing satu mall. Senaman juga tu kan?

Untuk setiap 2 bulan sekali, bila tubuh cukup semua requirement derma darah, I memilih untuk menderma. Mesti ada yang pernah dengar orang cakap, kalau kita derma darah badan kita akan naik lepas tu. Mungkin itu faktor ramai yang tak suka melakukannya. Tak adalah. Soal berat badan naik ni semuanya bergantung pada diri individu itu sendiri. Darah dah kurang, jadi ada yang makan banyak-banyak untuk cover darah yang hilang tu. Faktor-faktor lain I tak tahu. Nanti salah cakap pula soal medical. :)

Lagi satu, ini I cuma nak share. Ada masa, korang boleh tinjau Program Derma Organ. Kalau family setuju dan diri kita sendiri terbuka hati, mungkin boleh mula berikrardan mendaftar. Nak daftardan untuk tahu maklumat lanjut, boleh lawat www.agiftoflife.gov.my. I dah berikrar. :)
InShaAllah, harap bakal suami nanti pun dapat terima keputusan ni. :)




Jadi, ini rutin mingguan saya. Korang pula macamana?









Tuesday, 1 April 2014

Himpunan Puisi Palit Merah Jambu oleh Aima Chan


Assalamualaikum,

Me hearties,

Jangan lupa dapatkan Himpunan Puisi Palit Merah Jambu dengan harga RM20 di www.october.my

Pelancaran buku di HQ October minggu lepas I tak dapat pergi sebab sedang 'membuas' di Miri. ;)
Awesome Gua Niah. InshaAllah, next time will be hiking in Gua Mulu pula.

Untuk upcoming Pesta Buku Antarabangsa (PBAKL 2014) bulan April ini, InShaAllah i'll be there for few hours. InShaAllah. 
Jadi nanti jangan lupa datang beramai-ramai. Boleh kite kenal-kenalan dan berkongsi dunia puisi. ;)


With Regards,



Kita sama tenung kaku
Konkrit batu yang kita nampak cuma kelabu
Hati kita sama luka
Kita sama jadi zombie dunia
Makan, kerja, balik tutup mata
Tapi siapa boleh tentu hati siapa yang lebih luka?

Aku kecewa kau yang selalu fikir ini itu
Dia kecewa aku yang diam terus walau tahu

Mana status ikrar janji kita dulu?
Hilang lemas dalam ego
kembarnya si cemburu.

(Himpunan Puisi Merah Jambu, Aima Chan)

Wednesday, 26 March 2014

Lupa oleh Asyikin Razak


Indahnya dunia
Buat manusia tersenyum lebar menjalani hidup
Tersengih sumbing melayari hari yang mendatang
Waktu yang berlalu dipandang sepi
Hari yang berganti dibiarkan pergi

Hidup bagaikan dunia adalah segalanya
Hidup bagaikan nyawa tiada penghujungnya
Hidup bagaikan dunia ini milikmu
Hidup bagaikan masa mengekorimu

Mana asal kewujudan kamu?
Mana asal tempat yang dipijak?
Mana asal udara yang dihembus?
Mana asal badan yang kamu pinjam?

Hakikatnya
kamu makin lupa bila kamu senang
Kamu lupa yang dunia ini persinggahan
Kamu lupa apa yang kamu ada hanyalah pinjaman
Kamu lupa dengan tugas dan peranan seorang insan

Kamu lupa kerana kamu yang tak nak ingat!

Asyikin Razak, 21, Jerteh
Bermata empat.

(Himpunan Puisi MePhobia, Aima Chan & Friends)

Monday, 24 March 2014

Jika Aku Hanya Sendirian


Sesaat sendirian
Aku boleh jalani

Seminit sendirian
Tak ada heran di hati

Sejam sendirian
Kelip mata bagai silih berganti

Sehari sendirian
Emosi mula merajai

Seminggu sendirian
Goyah tak kuat lagi

Sebulan sendirian
Diracun ideologi hidup tak bererti

Setahun sendirian
Tiada guna hidup lagi

Kalah meniti sendirian duniawi
Bagaimana mampu bertahan di alam barzah menunggu hari
....
Untuk diadili





(Himpunan Puisi MePhobia, Aima Chan & Friends)

Saturday, 22 March 2014

Bila Hati Bisik Cinta



Bukan milik, ingin aku kejarkan
Bukan gelojoh, jalan aku redahkan
Bukan berani, silap hakiki kelihatan

Kau tak pernah tahu bila hati bisik cinta
bukan seperti masuk 7Eleven di Danau Kota
dan keluar bersama top-up dan sekotak Surya
seperti apa hajat berkata

Cukuplah jika cuma hati pernah alaminya.

Aku bukan tamak untuk miliki yang tak pasti
Miliki yang tak layak untuk gapai tinggi

Yang Maha Esa,
hanya Engkau yang Maha Memahami segala bisik di hati ini

dan Engkau tahu tragedi yang aku alami.





(Himpunan Puisi Palit Merah Jambu)